Tempoh tiga bulan - Utusan Malaysia

Tempoh tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 28 Okt. – Tempoh tiga bulan perlu dijadikan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk semua ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menyelesaikan semua aduan awam.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, semua aduan harus diselesaikan atau diambil tindakan dalam tempoh itu dalam usaha memberikan perkhidmatan yang berkesan.

“Kecekapan PBT akan diukur dengan penyelesaian aduan awam. Ahli Majlis perlu memastikan agar setiap aduan awam yang diterima diberi perhatian segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis upaca­ra Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) di Bangunan MPKu di sini hari ini.

Katanya, ahli PBT selaku ‘wakil rakyat kecil’ ditekankan agar mengambil perhatian serius dan fokus terhadap fungsi mereka selain sentiasa mendampingi rakyat.

“Untuk itu, saya mencadangkan agar ahli majlis dapat membuat kunci prestasi petunjuk utama untuk diri sendiri dan berusaha mencapainya.

“Kemandirian dan kekuatan yang ada antara PBT dan ahli majlis perlu sentiasa digilap dan dipancarkan sinarannya supaya mandat kita bakal diterima rak­yat keseluruhannya,” katanya.

Osman mahukan ahli-ahli PBT sentiasa amanah dan mengelak daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat hingga menjejaskan kepenti­ngan serta keperluan rakyat.

Ahli majlis PBT juga ujarnya, diseru melengkapkan diri de­ngan pengetahuan selain peka terhadap hal ehwal PBT, prihatin dan ambil peduli setiap permasalahan kawasan dan rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN