Tempoh setahun untuk laksana peraturan e-hailing - Utusan Malaysia

Tempoh setahun untuk laksana peraturan e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 21 Okt. – Peraturan baharu yang dikenakan terhadap perkhidmatan perkongsian kenderaan e-hailing akan mengambil masa selama setahun sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, peraturan itu telah digazetkan mulai Julai lalu melalui Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial (Pindaan) 2017.

Jelasnya, ia mengambil masa yang lama bagi mendaftarkan syarikat dan kira-kira 100,000 pemandu e-hailing di seluruh negara.

“Memang kita telah laksanakan peraturan terhadap e-hailing selepas kerajaan menetapkan dasar bahawa kita membenarkan perkhidmatan itu di negara ini.

“Apabila dilaksanakan sepenuhnya kelak, ia akan meletakkan industri e-hailing dan teksi dalam kedudukan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen DAP Negeri Sembilan Ke- 18, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini yang berkata, persaingan tidak seimbang antara e-hailing dan teksi sudah dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet tetapi tidak ada kemajuan sehingga kini.

Menurut Anthony, kerajaan juga tidak akan melayan tuntutan pemandu teksi supaya mengharamkan syarikat e-hailing yang menggunakan kereta persendirian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN