SEPANG – Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kematian seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd. (TM) di hadapan Shaftbury, Cyberjaya di sini Khamis lepas, disambung reman hingga esok.
Perintah lanjutan reman ke atas lelaki berketurunan Arab itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sepang, Alpha Dragam selepas tempoh reman ke atas suspek berakhir hari ini.
Selain itu, tiga lagi suspek kes sama yang turut direman sejak Jumaat lalu dibebaskan hari ini dan semalam dengan jaminan polis.
Suspek lelaki warga Yemen berumur 22 tahun dibebaskan hari ini manakala dua lagi suspek iaitu seorang lelaki warga Libya berumur 20 tahun dan seorang wanita tempatan berumur 32 tahun dibebaskan semalam.
Suspek tersebut direman bagi membantu siasatan kes langgar lari sehingga menyebabkan Wan Amirah Wan Alias, 31.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE










