JAKARTA 12 Okt. – Perintah darurat di Sulawesi Tengah dilanjutkan selama 14 hari lagi melibatkan kawasan yang mengalami gempa bumi dan tsunami pada bulan lalu manakala operasi mencari mayat mangsa pula dilanjutkan selama sehari. Gabenor wilayah itu, Longki Djanggola berkata, perintah darurat sepatutnya berakhir esok tetapi ia kini dilanjutkan sehingga 26 Oktober. Keputusan itu dibuat setelah pihak berkuasa berdepan banyak masalah untuk menyediakan keperluan asas kepada penduduk di pusat penempatan,…










