KUALA LUMPUR 11 Okt. – Venue yang bakal menjadi tuan rumah perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-raja (PERR) Ke-78 akan diputuskan esok apabila Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) selesai meneliti tawaran dan kemudahan yang mampu disediakan oleh kedua-dua finalis. Pahang, yang merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan itu, akan bertemu Terengganu dalam perlawanan akhir sama ada di Stadium Temerloh atau Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.…










