Temelian 'gergasi' bernilai RM3,000 ditangkap di Sungai Pahang - Utusan Malaysia

Temelian ‘gergasi’ bernilai RM3,000 ditangkap di Sungai Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 19 Okt. – Seekor ikan temelian ‘gergasi’ seberat 41 kilogram ditangkap oleh nelayan darat di Sungai Pahang di sini semalam.

Dengan harga pasaran RM75 sekilogram, ikan berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM3,000 seekor.

Wakil penduduk, Haizun Zainuddin berkata, ikan berkenaan berjaya ditangkap selepas terkena jaring yang ditahan nelayan darat di Sungai Pahang berkenaan.

“Penangkapan ikan ini mengejutkan kami kerana kali terakhir berjaya menaikkan ikan temelian gergasi dua tahun lalu seberat 38 kilogram,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN