Teliti risiko sebelum laksana kereta nasional ketiga - Utusan Malaysia

Teliti risiko sebelum laksana kereta nasional ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Kerajaan perlu meneliti semua risiko bagi memastikan projek kereta nasional ketiga berjaya dilaksanakan dengan baik.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, penelitian tersebut penting supaya kerajaan betul-betul dapat memastikan mereka bersedia untuk bergerak ke arah tersebut.

“Dalam persekitaran yang sangat dinamik ini, anda perlu meneliti risiko, dan dalam dunia moden ini, bukan sahaja risiko peringkat pertama (first order risk), malah risiko pe­ringkat kedua dan ketiga, barulah anda tahu apa hasil dan halangannya.

“Anda boleh tahu apa yang anda boleh lakukan, sama ada anda mempunyai ketahanan untuk melakukannya. Jika tidak, lebih baik jangan buat,” katanya dalam Forum Ekonomi Belia 2018 di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan meneruskan projek kereta nasional ketiga walaupun mendapat tenta­ngan beberapa pihak.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming turut mengesahkan baru-baru ini bahawa kerajaan menerima 21 cadangan untuk memba­ngunkan projek tersebut yang membabitkan syarikat tempatan dan antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN