IPOH 25 Okt. – Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) akan menayangkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Perak dan Terengganu di skrin besar LED di Dataran Stesen KTM di sini pada Sabtu ini.
Dalam kenyataannya semalam, MBI berkata, tayangan siaran langsung perlawanan itu akan bermula pada pukul 8 malam.
“Orang ramai dijemput hadir menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut sebagai tanda sokongan kepada pasukan Perak yang akan memeriahkan lagi perlawanan akhir kali ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Semoga pasukan Perak akan merangkul kejayaan sebagai juara Piala Malaysia,” kata kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE











