SANA-SINI sibuk dengan pelbagai pendedahan mengenai isu politik. Juga, isu-isu berkaitan pendakwaan bekas pemimpin dan pembongkaran rasuah. Nampaknya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rakyat banyak disajikan isu-isu seperti itu hingga kerajaan baharu dilihat terlupa untuk membela rakyat terutama golongan pelajar universiti yang bertungkus-lumus menimba ilmu demi masa depan diri, keluarga dan negara. Menimba ilmu dengan harapan kelak dapat membawa negara ke arah lebih dinamik dan maju. Namun, semua itu…










