Taufan Yutu landa Filipina - Utusan Malaysia

Taufan Yutu landa Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 30 Okt. – Taufan Yutu melanda Filipina hari ini dengan angin kencang yang menyebabkan atap tercabut dan pokok patah.

KEROSAKAN pada pokok disebabkan oleh Taufan Yutu di wilayah Isabela, Filipina hari ini. – REUTERS

Seramai empat orang maut akibat tanah manakala 31 lagi terperangkap dalam bencana tersebut di kawasan pergunungan.

Pasukan penyelamat baru sahaja memeriksa kerosakan dibawakan oleh Yutu selepas bencana berkenaan mengakibatkan tanah runtuh awal hari ini selain angin kencang selaju 150 kilometer sejam.

Pihak berkuasa berkata mereka menerima laporan berkaitan dua orang hilang.

Seorang daripadanya hilang selepas botnya karam manakala seorang lagi hanyut dibawa arus deras sungai.

Hampir 10,000 orang meninggalkan kediaman kerana mereka tinggal di kawasan yang mudah dilanda banjir. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN