MEXICO CITY 22 Okt. – Taufan Willa kini mencapai kekuatan tahap 5, menuju ke pantai barat daya Mexico dan dijangka membadai kawasan tersebut esok, lapor Pusat Taufan Negara Amerika Syarikat (NHC).
Awal hari ini, taufan berkenaan membawa angin kencang dengan kelajuan 249 kilometer sejam kira-kira 249 kilometer dari barat daya bandar Cabo Corrientes.
Walau bagaimanapun NHC memaklumkan kekuatan taufan itu akan berkurangan semasa membadai pantai Mexico.
Memuatkan artikel berkaitan…
Taufan itu dijangka akan membawa hujan lebat ke kawasan pantai Jalisco, Nayarit dan Sinaloa selain menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh. – Reuters











