PULAU PINANG 19 Okt. – Wakil pejabat Konsulat Indonesia di negeri tiba di lokasi kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, di sini sebentar tadi.
Kenderaan berkenaan yang dilihat membawa empat pegawai tiba kira-kira pukul 7.30 malam dan dibenarkan memasuki kawasan runtuhan untuk mendengar taklimat kerja-kerja mencari dan menyelamat yang dilaksanakan Pasukan Khas, Operasi Taktikal dan Penyelamat Jabatan Bomba.
Setakat ini, seorang mangsa rakyat negara berkenaan disahkan terkorban manakala dua lagi masih hilang. – UTUSAN ONLINE.










