Tanah runtuh, suruhanjaya siasatan bukan keperluan buat masa ini - Utusan Malaysia

Tanah runtuh, suruhanjaya siasatan bukan keperluan buat masa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 20 Okt. – Tiada keperluan buat masa ini untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan berhubung tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus di sini semalam, yang mengorbankan seramai tiga pekerja warga asing setakat ini.

Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, perkara itu berikutan secara gambaran di lokasi bencana, tragedi itu adalah disebabkan tanah runtuh dan hujan lebat pada awal pagi sebelum kejadian.

Bagaimanapun, tambah beliau, suruhanjaya siasatan itu akan turut dibincangkan dan ditubuhkan sekiranya dilihat perlu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi pihak kontraktor dan jurutera bertanggungjawab boleh mengeluarkan hasil siasatan mereka mengapa kejadian tanah runtuh itu berlaku (jika suruhanjaya siasatan ditubuhkan),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow memaklumkan, suruhanjaya siasatan yang ditubuhkan bagi kes tanah runtuh di tapak projek di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 nyawa tahun lalu masih belum melengkapkan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, suruhanjaya siasatan itu diberikan penangguhan selama enam bulan lagi iaitu tambahan kepada penangguhan selama tiga bulan sebelum ini untuk melengkapkan siasatan.

“Kerajaan negeri sehingga kini masih menunggu hasil siasatan daripada suruhanjaya itu berhubung kes tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini