PULAU PINANG 20 Okt. – Tiada keperluan buat masa ini untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan berhubung tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus di sini semalam, yang mengorbankan seramai tiga pekerja warga asing setakat ini. Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, perkara itu berikutan secara gambaran di lokasi bencana, tragedi itu adalah disebabkan tanah runtuh dan hujan lebat pada awal pagi sebelum kejadian. Bagaimanapun, tambah beliau, suruhanjaya siasatan itu akan turut dibincangkan…










