Tanah runtuh: Semua mangsa tiada permit kerja sah - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Semua mangsa tiada permit kerja sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 21 Okt. – Kesemua pekerja warga asing yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan jalan raya di Bukit Kukus, Relau di sini, disahkan tidak mempunyai permit kerja.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pada masa sama, pihaknya juga masih belum dapat mengenal pasti sama ada kesemua pekerja serta mangsa terlibat itu memasuki negara ini mengikut saluran undang-undang.

“Sukar untuk ditentukan. Yang kita tahu, kesemua yang meninggal dunia tiada permit kerja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian kira -kira pukul 2 petang Jumaat lalu, runtuhan tanah  yang berlaku di situ menimbus empat kontena yang dijadikan bilik rehat oleh sekumpulan pekerja Projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus menyebabkan mereka  tertimbus.

Sehingga hari ini enam mayat berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat iaitu tiga warga Bangladesh dikenali sebagai Aktarul, 35; Mithu Hossain, 30; dan Mustak Hossain, 25, manakala dua buruh Indonesia iaitu Samsul,19, dan Bahtiar, 36.

Seorang pekerja wanita warga Myanmar, Kin Aye Khang, 36, turut terkorban. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN