PULAU PINANG 21 Okt. – Mayat mangsa ketujuh tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau ditemukan kira-kira pukul 4.30 petang tadi. Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Moktar ketika dihubungi, hari ini. Difahamkan, lokasi penemuan mayat yang dikenali sebagai Md. Abd. Jalil dari Bangladesh itu tidak jauh dari lokasi dua mayat yang ditemukan beberapa jam sebelum itu.-UTUSAN ONLINE










