PULAU PINANG 22 Okt. – Projek pembinaan jalan raya berkembar di Jalan Paya Terubong, Bukit Kukus, Relau di sini, tetap akan diteruskan meskipun pembinaannya telah meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa setakat ini.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang berkata, keputusan itu berikutan pembinaan jajaran tersebut bukan projek baharu, sebaliknya telah lama ditetapkan sebelum ini.
“Kita berharap projek ini dapat disempurnakan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan dalam keadaan yang sempurna.
“Jadi, mahu atau tidak, projek ini perlu diteruskan sebagaimana yang telah diputuskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Projek pembinaan jalan raya berkembar itu bermula sejak 2016 dan sepatutnya siap tahun depan namun ditangguhkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2020. -UTUSAN ONLINE










