Tanah runtuh: Polis rekod 18 keterangan - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Polis rekod 18 keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 25 Okt. – Polis sudah merekodkan keterangan daripada 18 pihak berhubung kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau, di sini, setakat ini, termasuk daripada ahli keluarga mangsa, pakar-pakar berkaitan dan pihak kontraktor.

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Datuk Zainol Samah berkata, siasatan kes itu kini dilakukan oleh pasukan khas yang diketuai beliau sendiri dan menjurus kepada kemungkinan wujudnya unsur kecuaian.

Menurut beliau, siasatan kes itu kini sedang berjalan dan pihaknya juga akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dalam melengkapkan siasatan.

“Buat masa ini, kita tidak boleh menjangkakan bila siasatan kes ini dapat diselesaikan, tetapi kita cuba secepat mungkin supaya boleh dirujuk kepada pendakwa raya,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seramai sembilan warga asing terkorban akibat tanah runtuh yang menghempap kontena yang dijadikan rumah mereka di tapak projek pembinaan jalan raya berkembar Bukit Kukus di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN