PULAU PINANG 24 Okt. – Penang Front Party (PFP) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kejadian tanah runtuh yang mengorbankan sembilan nyawa di tapak projek pembinaan jalan ra berkembar di Bukit Kukus di sini.
Laporan itu dibuat supaya SPRM menyiasat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang khususnya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Presiden PFP, Datuk Patrick Ooi berkata, laporan berkenaan dibuat kerana pihaknya menyesyaki wujud unsur meragukan dalam projek berkenaan.
Katanya, pada masa sama, beliau terkejut dengan kesungguhan kerajaan negeri mahu meneruskan projek berkenaan walaupun pakar mengesahkan tanah di kawasan bukit itu tidak sesuai untuk sebarang pembangunan.
“Tapak pembinaan berkenaan begitu bahaya, bagaimana kelulusan boleh diberikan, malah pekerja asing juga boleh tinggal di situ,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











