PULAU PINANG 23 Okt. – Pemaju projek jalan raya berkembar Bukit Kukus, Relau di sini, mendakwa tidak mengetahui 13 kontena rumah pekerja yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh masih didiami warga asing.
Ini kerana menurut pemaju berkenaan, Yuta Maju Sdn. Bhd., kontena rumah pekerja itu sudah dikosongkan beberapa minggu sebelum kejadian tanah runtuh tersebut.
Malah, dakwa pemaju berkenaan, pihaknya juga sudah memotong bekalan elektrik di semua kontena rumah warga asing berkenaan pada 2 Oktober lalu iaitu 17 hari sebelum bencana tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kehadiran warga asing di dalam kontena yang sudah dikosongkan itu adalah di luar pengetahuan kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











