PULAU PINANG 22 Okt. – Empat hari selepas tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau, di sini, yang mengorbankan sembilan pekerja, saki baki pekerja yang tinggal di kawasan berkenaan mula berpindah keluar.
Seorang pekerja Bangladesh dikenali sebagai Raja, 33, berkata, dia diarahkan majikannya untuk mencari pekerjaan baharu.
Katanya, dia telah bekerja di tapak binaan berkenaan sejak tiga bulan lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sekarang saya akan pindah ke Jelutong dan tinggal bersama kawan di sana serta akan berusaha mencari pekerjaan baharu,” katanya.
Raja yang sudah 10 tahun bekerja di negara ini berkata, dia turut bersedih apabila lima rakan senegaranya meninggal dunia.
“Saya kenal mereka kerana bekerja di sini, namun tidak rapat,” katanya. – UTUSAN ONLINE.











