Tanah runtuh: NGO alam sekitar dakwa pihak berkuasa 'tidur' - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: NGO alam sekitar dakwa pihak berkuasa ‘tidur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 19 Okt. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan ‘ tidur’ kerana tidak memantau dengan teliti perlaksanaan projek di kawasan lereng bukit di negeri ini.

R. MEENAKSHI
R. MEENAKSHI

Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bunga, R. Meenakshi berkata, berdasarkan pemerhatian mereka, walaupun sudah kerap kejadian tanah runtuh berlaku, namun pihak berkuasa tidak serius menyebabkan kejadian serupa berulang.

“Seminggu lepas, kita tahu ada kejadian runtuhan rasuk tapak projek di sini namun mengapa kerja-kerja pembinaan diteruskan.

“Berapa ramai lagi yang harus menjadi mangsa,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi di tapak pembinaan projek jalan raya di Bukit Kukus, tiga buruh warga asing disahkan maut manakala 12 lagi hilang apabila runtuhan tanah menimbus empat kontena. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN