GEORGE TOWN – Mayat keempat dipercayai pekerja kontrak di tapak binaan Jalan Berkembar Paya Terubong, Jalan Bukit Kukus, Relau di sini berjaya ditemui kira-kira pukul 11.55 pagi tadi. Mayat mangsa warga Indonesia yang dikenali dengan nama Bahtiar ditemui pasukan bomba dalam timbunan tanah di lokasi kejadian berkenaan. Usaha mengesan dua lagi mangsa yang dikenali sebagai Subairi yang merupakan warga Indonesia serta seorang rakyat Bangladesh, Mithu Hossain, 30, sedang giat dijalankan. Keadaan cuaca di lokasi kejadian ketika ini panas. Pekarangan luar pintu utama tapak projek dipenuhi dengan kumpulan media. – K!…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya