PULAU PINANG 22 Okt. – Mayat kelapan tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau di sini, ditemukan kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi. Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Moktar berkata, mayat yang dikenali sebagai Subairi, 34, warga Indonesia itu ditemukan ketika pencarian dilakukan di sektor satu hari ini. “Mayat tersebut ditemukan berhampiran cerun dan tertimbus sedalam kira-kira satu meter,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE










