PULAU PINANG 20 Okt. – Mayat keempat mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau ditemukan kira-kira pukul 11.55 pagi tadi. Perkara itu disahkan Ketua Cawangan Operasi Kebombaan dan Penyelamat, ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, Morni Mamat. Menurut beliau, lokasi mayat itu dijumpai tidak jauh daripada penemuan beberapa mangsa lain sebelum ini. Difahamkan, mayat yang dikenali sebagai Bahtiar itu merupakan warga Indonesia dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat. -UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya