PULAU PINANG 22 Okt. – Mayat kesembilan tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau yang dikenali sebagai Mohamad Uzzal, 33, dijumpai kira-kira pukul 5 petang ini. Difahamkan, mayat tersebut ditemukan di bawah kontena ketika kerja-kerja mencari baki mangsa hilang dijalankan. Ketika ini, usaha mengesan seorang lagi mangsa yang juga berasal dari Bangladesh sedang giat dijalankan.-UTUSAN ONLINE










