Tanah runtuh: Kerajaan P. Pinang akan teliti laporan awal dalam mesyuarat Rabu ini - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Kerajaan P. Pinang akan teliti laporan awal dalam mesyuarat Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 22 Okt. – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan bermesyuarat Rabu ini bagi meneliti semua laporan berhubung tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau di sini, yang diterima setakat ini.

JAGDEEP SINGH DEO
JAGDEEP SINGH DEO 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, kerajaan negeri sehingga kini juga masih menunggu laporan penuh dan lengkap daripada pihak berwajib berhubung insiden tersebut.

Menurut beliau, laporan yang diterima kerajaan negeri setakat ini laporan adalah awal berdasarkan fakta semasa, bukannya laporan lengkap yang sudah dimuktamadkan.

“Kita perlu menunggu sehingga usaha mencari dan menyelamat selesai memandangkan ia masih berjalan sehingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN