Tanah runtuh: Kedudukan mangsa tertimbus dikenal pasti - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Kedudukan mangsa tertimbus dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 19 Okt. – Pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengenal pasti lokasi baki mangsa yang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanam runtuh di Bukit Kukus, Relau, di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kedudukan mangsa dikesan oleh Unit Pengesan (K9) yang terlibat dalam operasi.

Katanya, perimeter kawasan pencarian seluas 46 meter persegi (500 kaki persegi) pada petang tadi juga telah diluaskan.

“Bagaimanapun, kita tidak dapat menjangkakan waktu sebenar mangsa yang tertimbus dapat dikeluarkan,” katanya, di sini malam ini.

Sementara itu, memasuki jam kesembilan tragedi, seramai 83 anggota JBP termasuk Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) masih berada di lokasi kejadian.

Setakat pukul 7 petang tadi, dua mayat iaitu seorang rakyat Indonesia dan Bangladesh yang bekerja di tapak berkenaan berjaya dibawa keluar manakala 10 lagi dikhuatiri masih tertimbus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN