PULAU PINANG 25 Okt. – Jurutera perunding Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi projek jalan raya berkembar Bukit Kukus tang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di sini, menolak hujah pakar tanah Universiti Sains Malaysia (USM) berhubung punca kejadian itu. Dalam kenyataan ringkas, GEA (M) Sdn. Bhd. berkata, kenyataan pakar tanah dari USM berkenaan, Prof. Dr. Habibah Lateh tidak tepat. “Beliau tidak mempunyai maklumat tentang kerja-kerja yang dilakukan di tapak berkenaan,”…










