PULAU PINANG 20 Okt. – Polis meminta mana-mana pihak tidak membuat spekulasi berhubung jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, jumlah tersebut hanya akan diketahui sebaik sahaja kerja-kerja pembersihan tapak projek itu selesai sepenuhnya. “Kejadian itu berlaku pada hari Jumaat dan mungkin ada (pekerja) yang tidak balik selepas solat Jumaat. “Dalam hal ini, kita menunggu pengesahan daripada rakan-rakan dan saudara-mara mangsa sebelum membuat pengesahan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya