Tanah runtuh hanya tunggu masa berlaku di Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Tanah runtuh hanya tunggu masa berlaku di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Tanah runtuh boleh berlaku bila-bila masa di Cameron Highlands. Itu ramalan pakar melihat kepada apa yang berlaku di kawasan tanah tinggi popular negara itu yang giat diteroka untuk pertanian.

Situasi bertambah runcing apabila tiba musim hujan dan tiada tindakan serta pemantauan secara berkala pihak berkuasa diambil bagi mengelakkan berlakunya kejadian berkenaan.

Aktiviti menarah bukit untuk membangunkan ladang sayuran menjadi salah satu punca berlakunya mendapan tanah sehingga berisiko menyebabkan tanah runtuh.

Pengarah Geokejuruteraan Tropika (Geotropik), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad berkata, semakin tinggi dan curam sesuatu kawasan, semakin kurang kestabilannya terutama jika berlaku aktiviti yang menjadi penyumbang hakisan tanah.

“Tanah di Cameron Highlands adalah jenis granit bersifat gembur dan senang terhakis sekiranya terdapat sebarang pemotongan, lebih-lebih lagi ketika hujan. Oleh itu, tindakan segera perlu diambil,” katanya.

Ikuti laporan penuh ancaman tanah runtuh di Cameron Highland di edisi cetak Utusan Malaysia, Selasa, 16 Oktober 2018 yang turut menyiarkan wawancara dengan Ahli Parlimen Cameron Highlands, C. Sivarraajh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN