Tanah runtuh di P. Pinang: 2 mayat dibawa keluar dari lokasi - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di P. Pinang: 2 mayat dibawa keluar dari lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 19 Okt. – Sebanyak dua mayat ditemukan dan dibawa keluar dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau, di sini setakat pukul 6 petang ini.

Kedua-dua mayat itu adalah warga Bangladesh dan Indonesia masing-masing dikenali sebagai Attrul, 35, dan Samsul, 19.

Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat, seorang mangsa yang cedera juga sudah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, namun identiti mangsa tidak diketahui.

Setakat ini, belum ada jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang menghempap kontena yang dijadikan rumah pekerja dalam kejadian itu namun laporan aawal pasukan penyelamat menyebut 10 orang dikhuatiri tertimbus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN