Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 24 Okt. – Jalan utama dari Kampung Raja ke Cameron Highlands tidak boleh dilalui ketika ini ekoran limpahan tanah sepanjang kira-kira 30 meter berikutan tanah runtuh di Batu 51, Kuala Terla, Kampung Raja, di sini hari ini.

Sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang diletakkan di tepi jalan, turut terhumban ke dalam longkang di bahu jalan ekoran tertolak dengan kejadian tanah runtuh tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada pukul 5 petang yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands dan syarikat penyelenggaraan Roadcare.

“Pihak bomba turut berada di tempat kejadian bagi membantu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya, di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd. Hilmi Khasfi Mat Zali berkata, kejadian tanah runtuh itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan selain ikatan tanah yang lemah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini