KUANTAN – Tragedi tanah runtuh di Terla, Cameron Highlands yang mengorbankan dua wanita dan seorang lelaki Myanmar pada 14 Oktober lalu bukan berpunca daripada kegiatan penerokaan lereng bukit secara haram. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, kejadian tersebut berpunca daripada struktur tanah yang lemah akibat hujan lebat di kawasan berkenaan. “Tidak ada pencerobohan tanah (berkaitan kebun sayuran secara haram) di tempat itu. Tanah runtuh bukan disebabkan…










