Tanah runtuh: Bomba guna empat jengkaut, tiga kren - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Bomba guna empat jengkaut, tiga kren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 21 Okt. – Sebanyak empat jengkaut dan tiga kren akan digunakan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau, hari ini.

Pengarah JBPM negeri, Saadon Moktar berkata, bantuan logistik itu diharap akan memudahkan kerja-kerja mengesan mangsa yang masih hilang ketika ini.

“Kita akan alih tanah terlebih dahulu sebelum memulakan operasi tersebut dan sektor (kawasan pencarian) tumpuan kita ialah sektor ketiga.

“Bagaimanapun, dua lagi sektor iaitu sektor satu dan dua juga kita akan tumpu,” katanya kepada pemberita, hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN