Tanah runtuh: Berlaku pergerakan tanah di kawasan pencarian - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Berlaku pergerakan tanah di kawasan pencarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 20 Okt. – Pasukan mencari dan menyelamat kini berdepan pelbagai cabaran dalam usaha mencari mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, berdasarkan taklimat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains,  mereka mendapati terdapat pergerakan tanah di kawasan operasi.

Katanya, pada masa sama, pasukan penyelamat turut mengesan wujud aliran air yang banyak di situ yang dikhuatiri boleh mendatangkan risiko kejadian tanah runtuh baharu yang membahayakan petugas.

“Oleh itu, kita terpaksa meminta kontraktor mengalihkan aliran air berkenaan bagi memudahkan kerja-kerja mencari dan menyelamat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Che Zaimani berkata, jentera berat juga terpaksa digunakan kerana kawasan runtuhan tidak selamat dimasuki oleh pasukan penyelamat.

“Pergerakan tanah itu turut dikesan berlaku di kawasan pencarian utama yang mana kita percaya mangsa berada di situ,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN