Tanah runtuh: Anjing pengesan kenal pasti lokasi mangsa - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Anjing pengesan kenal pasti lokasi mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenalpasti sekurang-kurangnya tiga lokasi dipercayai terdapat mangsa tertimbus di kawasan tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, anjing pengesan telah mengenalpasti tiga lokasi di sekitar sektor satu dan dua kawasan tanah runtuh itu serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan memberi penumpuan di situ.

“Operasi SAR pagi ini memberi tumpuan di tempat-tempat di mana anjing pengesan berminat semalam iaitu ia (anjing) sejak semalam menghidu di kawasan berkenaan dan kemungkinan mangsa yang masih tertimbus berada di kawasan tersebut.

“Jadi, pasukan penyelamat akan memberi lebih fokus menggali dan mencari mangsa di sektor satu dan sektor dua berkenaan, selain operasi SAR di sektor ketiga,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Beliau berkata operasi SAR itu bermula pukul 8.30 pagi ini selepas pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang membuat pemeriksaan di kawasan tanah runtuh mendapati ia selamat untuk pasukan penyelamat masuk menjalankan kerja mencari mangsa yang masih tertimbus. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN