Tanah runtuh: 40 individu diambil keterangan setakat ini - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: 40 individu diambil keterangan setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 30 Okt. – Polis sudah mengambil keterangan seramai 40 individu setakat ini berhubung kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau, di sini 19 Oktober lalu.

A. THAIVEEGAN
A. THAIVEEGAN 

Ketua Polis negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, mereka yang diambil keterangan merupakan ahli keluarga mangsa, pakar-pakar berkaitan dan pihak kontraktor.

“Kita juga akan memanggil beberapa individu lain serta kemungkinan memanggil semula beberapa individu yang telah direkod keterangan bagi membantu siasatan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini,  Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Datuk Zainol Samah berkata, siasatan kes itu kini dilakukan oleh pasukan khas yang diketuai beliau sendiri dan menjurus kepada kemungkinan wujudnya unsur kecuaian.

Katanya,  siasatan kes itu kini sedang berjalan dan pihaknya juga akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dalam melengkapkan siasatan.

Dalam kejadian kira -kira pukul 2 petang itu, seramai sembilan warga asing terkorban akibat tanah runtuh yang menghempap kontena yang dijadikan rumah mereka di tapak projek pembinaan jalan raya berkembar berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN