Tanah runtuh: 3 masih hilang termasuk mangsa terbaharu dari Bangladesh - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: 3 masih hilang termasuk mangsa terbaharu dari Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 20 Okt. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) kini sedang menggiatkan usaha mengesan tiga lagi mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan tanah di Bukit Kukus, Relau di sini selepas penemuan mayat keempat beberapa jam lalu.

Pengarah JBPM negeri, Saadon Moktar berkata, jumlah mangsa yang hilang itu termasuk satu mangsa terbaharu yang dipercayai warga Bangladesh.

Katanya, maklumat mengenai mangsa itu diperoleh daripada jiran dan rakannya selain mendapat pengesahan polis.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat akan dijalankan dalam sektor yang sama kerana kita percaya mangsa berada berdekatan,” katanya kepada pemberita di sini.hari ini.

Saadon berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat bagaimanapun bergantung kepada keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Keselamatan anggota pasukan penyelamat juga akan diberi keutamaan dalam hal ini,” ujar beliau.

Ketika ini, empat mangsa telah disahkan meninggal dunia, tiga cedera dan tiga lagi masih hilang sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa ketika ini seramai 10 orang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN