Tanah Merah pilih Azmin - Utusan Malaysia

Tanah Merah pilih Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH 5 Okt. – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi pilihan PKR Cabang Tanah Merah untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden apabila diumumkan sebagai pemenang sebentar tadi.

Keputusan rasmi diumumkan pada pukul 8.30 malam ini menunjukkan Mohamed Azmin memperoleh 464 undi manakala pencabarnya Rafizi Ramli 372 undi.

Bagi kerusi Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar mendahului dengan 480 undi, diikuti Zuraida Kamarudin 443 undi, Shamsul Iskandar Mat Akin 347 undi dan Datuk Johari Abdul 321 undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi peringkat cabang, Datuk Seri Mohamad Suparadi Mohd. Noor dipilih sebagai Ketua Cabang dengan 496 undi manakala pencabarnya Amran Abdul Ghani memperoleh 322 undi.

Mohd. Hanuzi Zaharim pula dipilih sebagai Timbalan Ketua Cabang manakala Ali Lizon Isa dipilih sebagai Naib Ketua Cabang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini