Tambah pendapatan, jual minyak masak terpakai - Utusan Malaysia

Tambah pendapatan, jual minyak masak terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG 23 Okt. – Orang ramai khususnya peniaga kedai makan boleh menambah pendapatan sampingan dengan menjual minyak masak terpakai untuk dijadikan biodiesel.

Pengurus Operasi Uni10 Energy Sdn. Bhd, Syahrul Azwa Idris berkata, syarikatnya menawarkan harga belian semula minyak masak pada harga RM1 sekilogram.

“Melalui projek yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu itu, kami telah turun padang ke beberapa kawasan seperti di Melawati, Cheras, Petaling Jaya serta beberapa kawasan di Melaka dan Negeri Sembilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada awalnya sambutan sangat menggalakkan namun lama-kelamaan semakin berkurangan. Kami dapati sambutan terhadap usaha ini memerlukan kempen secara berterusan khususnya untuk menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan kitar semula,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas berucap pada Program Berkaitan Taklimat Alam Sekitar Siri Ke-2 Pengkomposan Sisa Makanan, Pengumpulan Minyak Masak Terpakai dan Pembungkusan Hijau Biru (Green Blue Packaging) SIRIM.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Hasrolnizam Shaari.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini