Taman kucing bertukar pejabat DUN, aktivis haiwan mohon penjelasan kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Taman kucing bertukar pejabat DUN, aktivis haiwan mohon penjelasan kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Hasrat seorang aktivis haiwan membela 120 kucing terbiar di sebuah taman rekreasi di Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang tidak kesampaian apabila kawasan itu didakwa bertukar hak milik menjadi Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Aktivis  Jamil Ismail, 48, berkata, perubahan pemilikan kawasan tersebut hanya diketahuinya tiga minggu lalu susulan pemasangan papan tanda pusat khidmat DUN di taman seluas 0.8 hektar itu.

“Saya cuba mendapatkan penjelasan daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Hamid Hussain, namun dia bertindak “melarikan diri”. Ketika itu saya hadir bersama Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu. 

Katanya, keadaan tersebut seterusnya menimbulkan keraguan susulan taman yang telah siap sepenuhnya pada Disember lalu telah diperuntukkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepadanya. 

“Saya berpendapat bahawa MPAJ tidak berlaku adil dan bersikap profesional dalam isu ini. Justeru, itu saya meminta campur tangan daripada kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. 

Terdahulu Jamil menyerahkan memorandum tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baharu kerajaan negeri Selangor, Ng Sze Han. 

“Perkara ini telah saya laporkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan pada 12 Oktober lalu untuk tindakan lanjut,” ujarnya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN