Tahanan lokap balai polis Taiping sudah diberkas - Utusan Malaysia

Tahanan lokap balai polis Taiping sudah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Tahanan kes dadah yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Taiping di sini kelmarin berjaya diberkas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, suspek, Pang Hung Boon, 37, ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sewaktu berada di tepi Jalan Medan Kamunting 2 pada pukul 4.45 pagi.

Jelasnya, lelaki itu ditahan ketika pihak polis melihat seorang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan sedang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5.

“Polis telah mendekati lelaki itu dan memperkenalkan diri namun, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri.

“Semasa pihak polis sedang menangkap suspek, berlaku pergelutan namun lelaki itu akhirnya berjaya ditahan dan dibawa balik ke IPD Taiping untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan, suspek yang berasal dari Taman Desa Jaya, Kamunting dekat sini telah melarikan diri kira-kira pukul 7.33 petang kelmarin.

Lelaki itu meluru keluar ketika pembekal makanan tahanan masuk ke dalam lokap itu untuk menghantar hidangan makanan malam.

Suspek telah meluru keluar dari pintu itu dan melarikan diri ke arah kawasan parkir bengkel kenderaan IPD Taiping sebelum bertindak memanjat pagar dan gagal dikesan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN