KAHERAH 1 Okt. – Kebanyakan tadika akan dihiasi dengan pelbagai karakter kartun yang berwarna-warni dan comel untuk menceriakan kanak-kanak memulakan sesi persekolahan. GAMBAR karakter kartun terkenal termasuk Mickey Mouse tidak akan menghiasi bilik darjah di semua tadika di Kaherah, Mesir. Namun, perkara berbeza berlaku di Kaherah apabila Gabenornya, Alaa Abdul Hamid Mohammed Marzouk mencadangkan supaya kebanyakan tadika di sini menggantikan gambar karakter kartun terkenal seperti Mickey Mouse dengan imej-imej tokoh…










