Tabung Haji terima sumbangan RM6.7 juta daripada syarikat korporat - Utusan Malaysia

Tabung Haji terima sumbangan RM6.7 juta daripada syarikat korporat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sumbangan RM6.7 juta oleh 24 syarikat korporat kepada Lembaga Tabung Haji (TH)  di bawah program Sahabat  Korporat TH tahun telah  dapat membantu jemaah haji Malaysia melaksanakan ibadah itu dengan lancar pada musim lepas.  

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata,  sumbangan program itu juga membantu memberikan pulangan dalam bentuk  pendedahan jenama kepada syarikat terlibat selain memudahkan jemaah haji membuat persiapan barangan  keperluan ke tanah suci.

“Saya berharap keprihatinan rakan-rakan Sahabat Korporat TH akan menjadi contoh kepada badan-badan korporat dan agensi kerajaan lain agar lebih banyak yang akan turut serta pada musim akan datang.

“TH berharap rakan Sahabat Korporat TH juga akan sama-sama membuat pendedahan tentang inisiatif dan sumbangan yang diberikan kepada jemaah haji ini kepada masyararakat manakala TH pula  akan membantu melalui pelbagai saluran komunikasi kami,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat Musim Haji 1439H/2018M di Menara TH, hari ini.

Majlis itu meraikan 24 Sahabat Korporat TH dan 35 agensi luar yang telah menjayakan operasi haji di  tanah air dan Tanah Suci pada musim lepas.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Arab Saudi ke Malaysia, Muhamad Sutan Al Yousuf. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN