Syed Saddiq berang pemandu teksi biadab - Utusan Malaysia

Syed Saddiq berang pemandu teksi biadab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Okt. – “Kepada pemandu teksi yang biadab dalam sesi dialog tadi, mana budi bahasa anda?” soal Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul.

Status itu telah dimuat naik di InstaStory miliknya beberapa jam lepas sekali gus menempelak segelintir pemandu teksi yang keluar dewan kerana kurang senang dengan penjelasan Dr. Mahathir bahawa perkhidmatan e-hailang Grab tidak akan dihapuskan. 

Selain di InstaStory, Syed Saddiq turut meluahkan perkara tersebut di Twitter sekali gus memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak bersedih dan berputus asa.

Status yang dimuat naik Syed Saddiq di Twitter, hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Jangan bersedih dan jangan berputus asa terhadap kami. Mustahil untuk kita memuaskan hati semua orang.

“Selagi niat dan usaha di tempat yang betul, insya’Allah kita akan berjaya bersama,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Twitter, hari ini.

Syed Saddiq memuat naik status berkenaan dipercayai untuk membuktikan masih ada pihak yang menyokong Tun M walaupun pelbagai desakan oleh segelintir pihak mula dirasai.

Selama empat jam berada di alam maya, status berkenaan kini mendapat 158 komen, lebih 1,500 perkongsian semula dan lebih 2,600 kesukaan.

Sebelum ini, Tun M dalam satu sesi Pertemuan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi Langkawi di Dewan Kencana, Langkawi Lagoon meluahkan kekesalan sehingga mahu meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN