LAHAD DATU 6 Okt. – Polis Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penyalahgunaan dadah selepas merampas syabu seberat 51.9 kilogram dianggarkan bernilai RM2.5 juta, pada Rabu lalu. Rampasan itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPK) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah menerusi satu serbuan di hadapan sebuah kedai di Bandar Sri Perdana di sini. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, turut ditahan adalah…










