Syabas henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih esok - Utusan Malaysia

Syabas henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 8 Okt. – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan melaksanakan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih bermula esok.

Syabas dalam satu kenyataan memberitahu, kerja-kerja penggantian peralatan akan bermula pada pukul 9 pagi dan dijangka mengambil masa kira-kira 12 jam.

“Sebanyak lapan Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan diaktifkan dan lori-lori tangki air akan digerakkan untuk memberi bantuan kepada orang ramai yang terlibat.

“Bekalan air di kawasan terjejas akan pulih secara berperingkat bergantung kepada lokasi. Pihak kami akan berusaha menyingkatkan tempoh henti tugas,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN