SUV X70 Proton terima 10,000 tempahan - Utusan Malaysia

SUV X70 Proton terima 10,000 tempahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 baharu setakat ini telah me­nerima 10,000 tempahan sejak prapelancaran tempahan dibuka pada 8 September lepas.

Proton Holdings Berhad dalam satu kenya­taan semalam berkata, daripada jumlah itu, hampir 2,000 tempahan dibuat menerusi online sekali gus mengesahkan keputusan yang dibuat syarikat untuk membangunkan dan melancarkan platform tersebut adalah tepat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Li Chunrong, pihaknya berusaha memastikan Proton X70 memenuhi jangkaan pembeli dan pada masa sama membuat pelaburan besar bagi outlet dan pengedaran selain mempunyai sumber sebelum dan selepas jualan yang diperlukan bagi menyokong produk penting itu.

Ia merupakan SUV pertama Proton serta yang pertama diba­ngunkan secara bersama oleh Proton dan Geely dari China.

Proton X70 yang dikuasakan oleh enjin 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection turut menawarkan aspek ke­­­selamatan canggih termasuk sistem brek kecemasan autonomi, amaran pelanggaran hadapan serta kawalan suluh tinggi yang pintar. –Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN