Suspek pukul pekerja stesen minyak direman - Utusan Malaysia

Suspek pukul pekerja stesen minyak direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 19 Okt. – Seorang lelaki berusia 25 tahun direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pukul seorang pekerja sebuah stesen minyak di Sungkai pada awal bulan ini yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Perintah reman terhadap suspek terbabit dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Suspek yang ditahan semalam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, seorang lagi suspek ditahan pada pukul 9.45 malam kelmarin di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Katanya, suspek berusia 40 tahun itu direman bermula semalam sehingga Ahad ini dan akan disiasat mengikut seksyen sama.

“Suspek kedua pula ditahan semalam pada pukul 4.15 petang setelah datang ke IPD Tapah untuk menyerah diri. Kedua-dua suspek kini direman untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian pada 6 Oktober lalu, seorang pekerja stesen minyak di Sungkai dipukul oleh pelanggan kerana dikatakan tersilap mengisi jenis minyak pe­t­rol.

Pekerja tersebut dikatakan tersilap kerana mengisi minyak RON 95 sedangkan pelanggan mahukan minyak RON 97.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN